Oct 28, 2010

Dia Terbatuk Lagi ...


pagi td kuar umah gi kampus macam jerebu sket..
afta 1 lecture b4 gi bli donat ada gempa, around 4 skala richter, bpusat di G Kidul..
tgh masak dinner blackout jap...
ok balik then dpt msg & tgk news, merapi keluarkan awan panas lg +4pm,
reach 3km, ke arah selatan tu (x_x)" ...
sekarang kene siapkan report plak...

alhamdulillah besok ari jumaat, haPpy sket :) ...

Oct 27, 2010

Buried in ash after volcano Merapi eruption


Twin disasters - a tsunami and a volcano eruption - have hit Indonesia. At least 154 people have been killed in the tsunami, while more than 28 died when Mount Merapi erupted. Thousands were forced to flee and seek refuge in shelters. Scientists had warned that pressure building beneath the volcano's lava dome could trigger one of the most powerful blasts in years.
-RussiaToday Youtube channel (27oct2010)

Ghwazul Fikr - Perang Minda!

Oct 26, 2010

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

[spesel : bagi yang belom kawen, haha]
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut...
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

Oct 21, 2010

Ayah, Adakah Manusia Tidak Masuk Neraka Jika Hari Hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pul a turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”. Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Oct 20, 2010

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar


Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.
SayangilahBaginda Rasulullah
Cintailah Baginda Rasulullah
kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya

sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat
semoga
kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..
...Sollu 'ala Nabi...

Sebungkus kurma Abu Aqil

Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Abu Aqil sedemikian resah seperti hari itu. Dia tenggelam dalam fikirannya tanpa mempedulikan apa yang terjadi di sekitarnya. Dia seolah-olah tidak mendengar bunyi apapun dan tidak melihat sesuatupun. Dia melangkah ke arah rumahnya dengan cepat.

Matanya memandang tanah dan mulutnya kelihatan komat-kamit mengatakan sesuatu. Dia melewati lorong sempit sebelum akhirnya tiba ke rumahnya. Dengan menarik nafas yang dalam, Abu Aqil lalu bersandar di sebatang pohon tua di tengah halaman rumah.

Oct 16, 2010

Laryngeal Mask Airway (LMA) Insertion

LMA Insertion is not considered definitive airway tool, because regurgitation and aspiration of gastric contents are not prevented. However, it's easier & faster, as it may provide rapid airway access.



*just another study notes.
*filed in: [medic]

Move Along



Move Along

Go ahead as you waste your days with thinking
When you fall everyone stands
Another day and you've had your fill of sinking
With the life held in your...
Hands are shaking cold
These hands are meant to hold

Speak to me, when all you got to keep us strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through move along

move along

So a day when you've lost yourself completely
Could be a night when your life ends
Such a heart that will lead you to deceivin
All the days held in your...
Hands are shaking cold
Your hands are mine to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong
Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along
(Go on, go on, go on, go on)
when every thing is wrong, we move along
(Go on, go on, go on, go on)
when every thing is wrong, we move along
along, along (we move along),along

[Softly:]
When all you got to keep is strong
Move along, move along like I know ya do.
And even when your hope is gone
Move along, move along

[Loudly:]
Just to make through,
When all you got to keep is strong
Move along, move along like I know ya do.
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
[x2]

Move along(Go on, go on, go on, go on)
Right back what is wrong
We move along (Go on, go on, go on, go on)
[simultaniously]
[Fade out]

*** *** ***
exam..exam.. mari-mari kita studi!
.................................

Oct 15, 2010

Dunia Akhir Zaman [HQ]

Video ini MESTI tonton oleh semua... harap luangkan sedikit masa untuk fokus menonton selama 20 minit. Video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini.


[video 1/2]


[video2/2]

Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya. Dipetik dari http://www.salafus-sholih.blogspot.com/. Sumber asal dari brofat.blogspot.com (kini sudah ditutup).

Euthanasia - Hukum Menurut Islam


Euthanasia
Euthanasia dalam bidang perubatan adalah tindakan mempercepatkan kematian pesakit yang mengalami penderitaan hebat menjelang kematiannya.

Biasanya untuk pesakit yang sudah sangat parah keadaannya, dan mencapai terminal-stage (stage terakhir, prognosis buruk, jangka hidup tipis) yang mana penyakitnya sudah tidak dapat disembuhkan lagi meski dengan kawalan perubatan intensif. Alasan paling umum, tindakan pengubatan yang berterusan akan hanya menambahkan penderitaan pesakit, dan biaya perubatan yang tinggi dengan hasil yang tidak mungkin sembuh hanya akan menambahkan beban yang bertanggungjawab.

Terdapat 2 jenis euthanasia:

1. Aktif
Mempercepatkan kematian pesakit dengan pemberian suntikan yang over-dosage ke dalam tubuh pesakit. Pesakit akan meninggal dalam waktu yang lebih cepat.

2. Pasif
Mempercepatkan kematian pesakit dengan menghentikan pemberian ubat-ubatan kepada pesakit. Pesakit akan meninggal setelah jangka waktu yang lebih lama berbanding euthanasia aktif, namun lebih cepat berbanding jika pesakit memilih untuk terus berubat.

Hukumnya menurut Islam:

[[Dari JAKIM]]
Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM Bil.PKS 5/18/PKS/97 bertarikh 10 -11 Jun 1997,

i. Haram membunuh tanpa hak. Berusaha mempercepatkan kematian dengan memberhentikan rawatan atau mengambil ubat-ubatan (racun) adalah umpama membunuh diri. Membunuh diri bermakna melawan kehendak ALLAH dan merampas haknya.

Oct 14, 2010

22 Tanda Iman Anda Sedang Lemah

22 Tanda Iman Anda Sedang Lemah
Oleh: Mochamad Bugi
Thanks to dearest sahabat Atikah Na'aim.

Ada beberapa tanda-tanda yang menunjukkan iman sedang lemah.
Setidaknya ada 22 tanda yang dijabarkan dalam artikel ini.

Tanda-tanda tersebut adalah:

1. Ketika Anda sedang melakukan kedurhakaan atau dosa. Hati-hatilah! Sebab, perbuatan dosa jika dilakukan berkali-kali akan menjadi kebiasaan. Jika sudah menjadi kebiasaan, maka segala keburukan dosa akan hilang dari penglihatan Anda. Akibatnya, Anda akan berani melakukan perbuatan durhaka dan dosa secara terang-terangan. Ketahuilah, Rasululllah saw. pernah berkata, "Setiap umatku mendapatkan perindungan afiat kecuali orang-orang yang terang-terangan. Dan,sesungguhnya termasuk perbuatan terang-terangan jika seseorang melakukan suatu perbuatan pada malam hari, kemudian dia berada pada pagi hari padahal Allah telah menutupinya, namun dia berkata, 'Hai fulan, tadimalam aku telah berbuat begini dan begini,' padahal sebelum itu Rabb-nyatelah menutupi, namun kemudian dia menyibak sendiri apa yang telah ditutupi Allah dari dirinya." (Bukhari, 10/486)
Rasulullah saw. bersabda, "Tidak ada pezina yang di saat berzina dalam keadaan beriman. Tidak ada pencuri yang di saat mencuri dalam keadaan beriman. Begitu pula tidak ada peminum arak di saat meminum dalam keadaan beriman." (Bukhari, hadits nomor 2295 dan Muslim, hadits nomor86)

2. Ketika hati Anda terasa begitu keras dan kaku. Sampai-sampaimenyaksikan orang mati terkujur kaku pun tidak bisa menasihati dan memperlunak hati Anda. Bahkan, ketika ikut mengangkat si mayit dan
menguruknya dengan tanah. Hati-hatilah! Jangan sampai Anda masuk ke dalam ayat ini, "Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi." (Al-Baqarah:74)

Oct 6, 2010

Sirrul Asrar - Bab 02

Terjemahan Sirrul Asrar [Secret of secrets] - Bab 02
Tulisan asal oleh Syeikh 'Abdul Qadir AlJailani

2: Manusia Kembali Kepada Asal Usul

Manusia dipandang daripada dua sudut; wujud lahiriah dan wujud rohani. Dalam segi kewujudan lahiriah keadaan kebanyakan manusia adalah berlebih kurang sahaja di antara satu sama lain. Oleh yang demikian peraturan kemanusiaan yang umum boleh digunakan untuk sekalian manusia bagi urusan lahiriah mereka. Dalam sudut kewujudan rohani yang tersembunyi di sebalik wujud lahiriah, setiap manusia adalah berbeza. Jadi, peraturan yang khusus mengenai diri masing-masing diperlukan.

Manusia boleh kembali kepada asalnya dengan mengikuti peraturan umum, dengan mengambil langkah-langkah tertentu. Dia mestilah mengambil peraturan agama yang jelas dan mematuhinya. Dengan demikian dia boleh maju ke hadapan. Dia boleh meningkat dari satu peringkat kepada peringkat yang lebih tinggi sehingga dia sampai dan memasuki jalan atau peringkat kerohanian, masuk ke daerah makrifat.

Peringkat ini sangat tinggi dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w, "Ada suasana yang semua dan segala-galanya berkumpul di sana dan ia adalah makrifat yang murni". Untuk sampai ke peringkat tersebut Perlulah dibuang kepura-puraan dan kepalsuan yang melakukan kebaikan kerana menunjuk-nunjuk.